Sunday, September 6, 2009

Khasiat Sejati Coklat

Coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan. Setiap 100g coklat susu mengandungi 26% daripada pengambilan diet yang disyorkan (RDI) bagi kalsium, 13% magnesium dan 20% zat besi, mineral dan elemen zat makanan yang penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.

Coklat juga mengandungi sejumlah besar vitamin larut air seperti B1, B2 dan B3 yang melindungi kitaran tenaga dan protein. Dari segi kesihatan, coklat sebenarnya setanding dengan keju segar yang merupakan makanan berkhasiat.

Bagi atlet, kanak-kanak, sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu memulihkan tenaga dengan cepat melalui penggantian semula karbohidrat.

No comments:

Post a Comment