Sunday, September 6, 2009

Pesanan Si Jantung Hati

Coklat baik untuk jantung yang sihat. Penyelidikan terbaru membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti oksidan yang terbaik seperti wain merah.

Anti oksidan dalam coklat dikenali sebagai phenol boleh mempengaruhi lipoprotein density rendah (LDL), pengangkut kolesterol ke dalam darah secara langsung. Phenol akan menghalang kerosakan aksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak dalam arteri.

Pengambilan kompaun polyphonic, sejenis anti oksidan yang terdapat dalam buah-buahan dan sayuran dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas.

Coklat secara semulajadinya kaya dengan polyphenol. Coklat kosong pula mengandungi lebih polyphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.

RAHSIANYA, MAKANLAH COKLAT SECARA SEDERHANA SEBAGAI SEBAHAGIAN DIET YANG SEIMBANG.

No comments:

Post a Comment